UPP Sokong 22 Julai Diisytihar Hari Merdeka Sarawak



KUCHING: Parti Rakyat Bersatu (UPP) menyokong hasrat kerajaan negeri agar 22 Julai setiap tahun diisytihar sebagai Hari Kemerdekaan Sarawak daripada pemerintahan British sementara 16 Sept sebagai hari memperingati pembentukan Malaysia.

Ia berkata Hari Kebangsaan Malaysia yang dirujuk sebagai Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos hanyalah hari bagi memperingati pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.

Dalam satu kenyataan, UPP berkata Sarawak perlu sentiasa dilayan sebagai rakan bersama dalam pembentukan Malaysia pada 1963 dan perlu menerima hak sebagai rakan.

"Apabila Perlembagaan Persekutuan dipinda sekitar 1970-an, Sarawak menjadi sebuah daripada 13 negeri di dalam Persekutuan. Ia kemudian hilang kedudukan istimewa, hak autonomi dan pengiktirafan sebagai memainkan peranan penting dalam pembentukan Persekutuan Malaysia.

"Ini masanya, selepas 40 tahun sejak pindaan tersebut, Sarawak perlu mendapatkan kembali status istimewanya sebagai antara tiga rakan dalam persekutuan dan bukan sebagai sebuah daripada 13 negeri (dalam persekutuan), kerana jelas Sarawak merupakan negeri merdeka sebelum pembentukan Malaysia lagi," katanya.- sumber

Comments