ABG JO UMUM BARISAN KABINET BAHARU NEGERI SARAWAK


Setelah 100 hari menerajui Sarawak Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg mengumumkan senarai kabinet baharu kerajaan negeri.

Dalam kabinet baharu itu, beberapa kementerian baharu diwujudkan selain pertukaran nama kementerian selaras dengan perancangan kerajaan negeri.

Selain menjadi Ketua Menteri, Abang Jo sendiri bertanggungjawab menjaga portfolio seperti Pembangunan Tenaga, Minyak dan Gas, Digital Ekonomi dan Telekomunikasi serta Pengangkutan Awam Bandar Kuching (termasuk LRT).

Beliau juga menjawab jawatan Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi serta Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli.

Rombakan kali ini menyaksikan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri.

Awang Tengah turut dilantik Menteri Perindustrian dan Pembangunan Usahawan serta Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua.

Selain itu, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri James Jemut Masing kekal dengan jawatan Timbalan Ketua Menteri.

Uggah turut menjawat jawatan Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah.

Masing pula menjadi Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan.

Rombakan kabinet kali ini turut menyaksikan Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan diwujudkan dengan Dato Sri Michael Manyin dilantik sebagai Menteri.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah turut 'naik pangkat' selepas dilantik sebagai Menteri Pelancongan, Keseniaan, Belia dan Sukan.

Kementerian Elektrik Luar Bandar dan Bekalan Air akan diketuai Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Datuk Talip Zulpilip dilantik sebagai Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Dato Sri Wong Soon Koh ( Menteri Kewangan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang) manakala Datuk Fatimah Abdullah (Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Masyarakat, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak).

Datuk Prof. Dr Sim Kui Hian dilantik Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Senarai Menteri Muda:

Datuk John Sikie Tayai
(Tanah Adat dan Kastam)

Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali
(Undang-undang, Hubungan Kerajaan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek)

Abdullah Saidol
(Hal Ehwal Korporat)

Datu Len Talif Salleh
(Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar)

Datuk Roland Sagah
(Pembangunan Tanah Adat)

Dr Abdul Rahman Ismail
(Pertanian)

Datuk Julaihi Narawi
(Jalan Pesisir)

Datuk Dr Jerip Susil
(Pengangkutan)

Datuk Mohd Naroden Majais
(Pembangunan Keusahawanan dan Perusahan Kecil Sederhana (SME) serta E-Dagang)

Malcolm Mussen Lamoh
(Perindustrian dan Pelaburan)

Dr Annuar Rapaee
(Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi serta Perumahan dan Kesihatan Awam)

Datuk Francis Harden Hollis
(Kesejahteraan Masyarakat)

Rosey Yunus
(Wanita, Keluarga dan Pembangunan Awal Kanak-kanak)

Datu Dr Penguang Manggil
(Kerajaan Tempatan)

Liwan Lagang
(Bekalan Air)

Dr Abdul Rahman Junaidi
(Elektrik Luar Bandar)

Datuk Lee Kim Shin
(Pelancongan, Keseniaan dan Kebudayaan)
Snowdan Lawan
(Belia dan Sukan)



Comments

Post a Comment