Rafizi Ramli Bakal Dikafankan Di Parlimen Pandan




Belum pun reda mengenai isu calon wakil parlimen untuk kerusi Pandan yang melibatkan pemimpin parti komponen Barisan Nasional, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli atau popular dengan gelaran ‘Mat Bond’ pakatan pembangkang tampil membuat kenyataan yang bertujuan untuk mencari ‘laba politik’.
Kelmarin, Rafizi telah membuat satu kenyataan yang dikeluarkan di dalam blog peribadinya yang antara lainnya bertujuan untuk mewujudkan pepecahan di kalangan penyokong Barisan Nasional khususnya di kawasan Pandan.
Dia turut mengambarkan seolah-olah Perdana Menteri sedang berada di dalam delima untuk menentukan calon yang paling sesuai atau ‘winnable candidate’ bagi kerusi tersebut. Walaupun perkara yang dibangkitkan langsung tiada kaitan dengan parti yang diwakilinya, namun Rafizi cuba mengambarkan kononnya ia adalah merupakan suara dan kehendak rakyat.
Berdasarkan kenyataan tersebut, dia secara tidak langsung ingin memberikan ‘signal’ kepada pimpinan PKR khususnya Anwar Ibrahim dan Wan Azizah agar memastikan dirinya diletakkan sebagai calon untuk kerusi Pandan.
Ini kerana walaupun selama ini pelbagai usaha telah dilakukan, dia masih lagi belum menerima sebarang kata putus mengenai kerusi yang bakal ditandingginya di alam pilihanraya umum yang akan datang. Walaupun selama ini, telah banyak usaha yang dilakukannya bagi mengemis simpati Anwar, sehingga kepada menyamar sebagai ‘mata-mata gelap’ kepada pakatan pembangkang.
Sebelum ini juga, terdengar ura-ura mengenai dirinya yang akan diletakkan bertanding untuk kerusi parlimen Ampang, namun ia mendapat bantahan keras yang dibuat oleh Zuraida Kamaruddin sebagai penyandang kawasan tersebut. Dirinya dikatakan bakal diletakkan bertanding untuk kerusi Pandan.
Namun disebabkan faktor pengundi Cina di kawasan tersebut, Rafizi sudah pasti tidak mempunyai keyakinan yang tinggi untuk merampas kerusi tersebut dari penguasaan MCA. Maka jalan terbaik adalah mewujudkan gerakan ‘sentiment of doubt’ di kalangan penyokong dengan MCA dan kepimpinan BN.
Dari satu segi, dia mengharapkan agar diberikan kerusi untuk bertanding sebagai kelangsungan gerakan politiknya di dalam PKR. Namun dari satu segi dia mengharapkan agar kerusi yang diberikan hendaklah membolehkan dia mempunyai peluang untuk menang.   KLIK SINI

Comments