Bible bahasa Melayu: Pakatan Pambangkang cetus propaganda kristian di Sarawak.

Seperti yang kita sedia maklum sejak dahulu lagi, tidak pernah ada sebarang masalah pun dengan Bible berbahasa Melayu yang digunapakai di Sabah dan Sarawak .

Namun begitu sikap pakatan pembangkang yang cuba untuk meracuni sesetengah cara pemikiran rakyat Sarawak berkenaan isu ini amatlah memalukan.

Menurut petikan dari salah satu portal Malaysia Insider berbunyi Pertelingkahan berterusan terhadap rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban oleh pihak berkuasa agama di Selangor mencetuskan kemarahan penganut Kristian Sarawak yang kini menuntut negeri itu melarang pegawai penguatkuasa agama Islam Selangor memasuki Bumi Kenyalang.

Yang konon-kononnya ada pihak Kristian di Sarawak mula merasa berang dan begitu mengenai isu pertelingkahan yang berterus-terusan terhadap rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban oleh pihak berkuasa agama di Selangor.

Dalam pada itu juga kononnya ia telahpun mencetuskan kemarahan penganut Kristian Sarawak yang kini menuntut negeri itu melarang pegawai penguatkuasa agama Islam Selangor daripada memasuki Bumi Kenyalang.

Pada hakikatnya kemarahan yang dimaksudkan hanya daripada sebilangan kecil penganut Kristian di Sarawak sahaja.

Sebahagian besar daripada penganut Kristian di Sarawak yang lain telah sekian lama menyedari bahawa penggunaan Bible berbahasa Melayu di Sarawak tidak pernah dilarang dari dahulu sehingga kini.

Disini kita boleh lihat bertapa jelas dimana cubaan untuk mencetuskan api kebencian di Sarawak.

Jika sebelum ini Sarawak pernah melarang kemasukan para pemimpin pakatan pembangkang yang mereka label sebagai ekstremis agama atau politik dari memasuki Sarawak.

Rakyat Semenanjung Malaysia memerlukan dokumen identiti perjalanan untuk memasuki Sarawak dan Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

Kini pakatan cuba mempergunakan sebahagian kecil penganut Kristian yang mereka boleh pengaruhi kononnya untuk menuntut pegawai rasmi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terutama Pengerusi Mais, Datuk Mohd Adzib Mohd Isa disenarai hitamkan dari memasuki Sarawak.

Mereka cuba memberi tekanan kepada umat Islam diSemenanjung Malaysia supaya patuh kepada kemahuan ekstremis Kristian yang rata-ratanya penyokong tegar DAP.

Mereka yang cuba memanipulasi isu yang kononnya Bible tersebut diperuntukkan untuk kegunaan Sabah dan Sarawak mengikut terma Perjanjian 10 Perkara yang membenarkan Bible berbahasa Melayu diimport. 

Hakikatnya Bible tersebut berkemungkinan besar untuk kegunaan memurtadkan orang Melayu di Semenanjung Malaysia.

Kita perlu teliti dengan segala agenda tersembunyi pihak pakatan pembangkang yang mensasarkan orang Melayu dan agama Islam. Ini mempunyai potensi yang cukup besar untuk menggugat keharmonian negara. Sebenarnya mereka ini boleh ditahan dibawah akta Hasutan 1948 sebelum ianya dimansuhkan.

Comments