Malaysia tidak sah, Sarawak mau kemana?



Gerakan untuk memastikan kewujudan negara Malaysia sebagai tidak sah sedang giat digerakkan beberapa pihak yang berkepentingan dari dalam mahupun luar negara.

Beberapa NGO tempatan Sarawak yang didukung parti politik dari Semenanjung kelihatan begitu bebas dan aktif melancarkan propaganda agar Sarawak keluar dari persekutuan Malaysia.

Berbagai forum dan bengkel telah mereka anjurkan tanpa sebarang halangan, segala adu domba yang mereka sebarkan seolah mendapat keizinan dari pihak berkuasa.

Objektif NGO tajaan parti politik dari Malaya tersebut hanyalah untuk menyemai sentimen agar rakyat bangkit dan menuntut agar Sarawak keluar dari Malaysia.

Selain itu NGO terbabit sedang giat menarik sokongan masyarakat antarabangsa untuk turut menyokong agenda mereka terhadap Sarawak dan pembubaran persekutuan Malaysia.

Pada 27 April lalu, salah satu NGO tersebut, Sarawak Association For People's Aspiration (SAFA) menganjurkan satu forum di Kuching, kononnya untuk memberi kesedaran kepada rakyat tentang hak mereka.

Mungkin kerana menyedari tahap sokongan rakyat terhadap gerakan tersebut tidak seperti yang diharapkan, maka NGO tempatan yang ditaja parti politik Malaya itu mengatakan mereka sedang berusaha untuk membawa perkara 18/20 Perjanjian Malaysia 1963 ke mahkamah British.

Harapan mereka agar mahkamah boleh mengisytiharkan negara Malaysia sebagai tidak sah, dan seterusnya Sarawak akan keluar dari Malaysia.

Mereka tidak membayangkan halajutu sebenar kemana Sarawak harus dibawa, atau bagaimana Sarawak selepas itu.

Hanyalah semata-mata untuk memastikan Sarawak keluar dari Malaysia.

Yang menjadi persoalan kami, apakah tindakan serta aktiviti NGO terbabit tidak menyalahi undang-undang negara?

Sedangkan secara jelas aktiviti mereka bersifat hasutan dan mampu memecahbelahkan perpaduan rakyat.

Menurut perkara 7 dalam perjanjian Malaysia 1963, Sabah dan Sarawak dinasihati agar tidak menarik diri dari persekutuan Malaysia.

Perkara 7 adalah bersifat nasihat untuk membolehkan negara ini bergerak dengan baik serta keselamatan rakyat sentiasa terjaga.

Setakat ini, bukan tidak ada laporan polis dibuat oleh pihak tertentu yang bimbang dengan kemungkinan buruk bakal berlaku. Namun kami tidak pasti apakah tindakan pihak berkuasa keselamatan terhadap NGO terbabit.

Atau, kita boleh saja menganggap itulah 'adu domba' yang sengaja diizinkan?

Kerana mungkin, pergerakan mereka didokong secara sistematik oleh para oppurtunis politik dari BN Sarawak mahupun PR dari Malaya.- MELANAU BLOGGER

Comments