Usaha keluarkan Sarawak Dari Malaysia Serius

Sebelum Akta Keselamatan Dalam Negeri dihapuskan, suara-suara sumbang yang mahu mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Persekutuan Malaysia, agak kurang kedengaran. Sebabnya ialah beberapa orang pemimpin dari Sabah dan Sarawak yang kecewa kerana gagal mendapat sokongan rakyat menerusi sistem Pilihanraya Parlimen Berperlembagaan Malaysia yang kemudian melancarkan usaha secara senyap-senyap mempengaruhi dan menghasut rakyat Sabah dan Sarawak untuk memberontak, dimasukkan ke dalam tahanan ISA.

Malah sebelum ISA dihapuskan, hampir kesemua mereka yang cuba mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia merupakan pemimpin-pemimpin serpihan kedua-dua negeri tersebut. Namun selepas ISA dimansuhkan, semakin ramai pemimpin dari Semenanjung yang mahu mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia semata-mata untuk memastikan Pakatan Rakyat menang pada PRU dan merampas pentadbiran negara ini dari Barisan Nasional yang mendapat sokongan meluas di Sabah dan Sarawak.

Bagi yang kurang faham, Sabah dan Sarawak tidak seperti negeri-negeri lain di Semenanjung. Sebaliknya Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa tersendiri selaku gabungan dengan Persekutuan Tanah Melayu yang terbentuk dari 9 buah negeri untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Sebuah lagi negeri yang membentuk Malaysia iaitu Singapura telah dikeluarkan dari gabungan Persekutuan itu pada tahun 1965 kerana masalah perkauman.

Secara tidak langsung, Sabah dan Sarawak mempunyai pentadbiran dan keistimewaannya yang tersendiri, berbeza dengan negeri-negeri lain di Semenanjung. Kuasa-kuasa pada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan dan termaktub menerusi Perjanjian Malaysia 1963.

Selepas PRU-13, hasutan-hasutan agar rakyat Sabah dan Sarawak memilih untuk keluar dari Malaysia, telah dibuat secara giat. PKR menjadi perintis menerusi hasutan Perjanjian Malaysia yang kononnya telah dicabuli oleh Putrajaya. Beberapa isu turut dibangkitkan agar rakyat Sabah dan Sarawak mendesak kerajaan negeri masing-masing keluar dari gabungan Malaysia, terutama sekali membabitkan isu-isu royalti minyak serta tanah.
Baca selanjutnya di - MYKMU

Comments