Tiga ditahan dan rampasan pil ekstasi bernilai RM14ribu di Miri.


SARAWAKIANA:- MIRI: Pihak Polis Bahagian Miri Berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu sindiket pengedaran pil khayal. Sebanyak 180 biji pil ekstasi yang dianggarkan bernilai lebih 14 ribu ringgit.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintendan Stanley Jonathan Ringgit, pil yang diletakkan di dalam sebuah kotak di bahagian tempat duduk belakang kenderaan jenis Proton Wira Aeroback, diparkir di halaman kediaman di Kampung Haji Wahed pada jam 10.10 malam Isnin lalu. Jika disabit kesalahan, suspek berdepan hukuman gantung sampai mati.

Manakala dua lagi lelaki dipercayai rakan serumah kepada suspek turut ditahan selain penemuan senapang angin yang disembunyikan dalam kompressor penghawa dingin serta 91 palet peluru didalam satu bekas yang bertutup.


Ketika ditemui bercakap dalam sidang media di Miri semalam, berdasarkan pemeriksaan awal senjata itu telah diseludup dari negara jiran Indonesia selain itu beliau tidak menolak berkemungkinan ia digunakan untuk aktiviti jenayah.

Kesemua suspek tersebut direman selama tujuh hari dan akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Comments