Industri Balak Adalah Industri 'Rasuah'! Jangan Main-Main Dengan Saya - Adenan


Dalam satu majlis yang jarang berlaku bersama dengan hartawan balak Sarawak, Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mengejutkan tetamu dengan melabel industri berkenaan sebagai industri ‘rasuah’.

Beliau juga memberi amaran kepada firma pembalakan bahawa beliau akan ‘meletakkan rasa takut kepada Tuhan kepada sesiapa yang tidak jujur”

Hari ini, Adenan membawa bersama enam syarikat pembalakan yang terbesar di negeri ini untuk menandatangani ‘ikrar integriti’, sekaligus mengambil peluang untuk mengeluarkan amaran beliau mengenai pembalakan haram.

Enam syarikat tersebut adalah KTS, Rimbunan Hijau, Samling, Shin Yang, Ta Ann dan WTK dan memberitahu mereka ‘jangan main-main dengan saya’.

Kepada pegawai penguatkuasaan undang-undang di negeri ini terhadap pembalakan haram, Adenan menegasakan beliau tidak akan bertolak ansur terhadap pegawai yang ‘ada mata tetapi buta, ada telinga tetapi pekak, ada mulut tetapi bisu”.

Beliau menyifatkan budaya rasuah adalah satu budaya yang sangat teruk, dimana mencerminkan apa yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pegawai penguatkuasa.

“Memang ada, walaupun tidak semua, malah ada yang berpura-pura tidak tahu. Sebabnya mudah; sama ada mereka bodoh, pengecut atau rasuah,” kata Adenan kepada semua tetamu jemputan yang terdiri daripada ahli-ahli Kabinet negeri, kakitangan awam dan beberapa individu paling kaya di Sarawak.

“Saya akan dakwa anda dengan bantuan dari Badan Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Kita mungkin akan kehilangan hutan kita jika kita membiarkan perkara ini terjadi.

“Segelintir (penguatkuasa) mereka takut dengan samseng, mereka takut akan menerima ancaman bunuh melalui mel, baiklah, dan anda katakan kepada mereka, “Adenan perintahkan untuk kuatkuasakan undang-undang”. Tiada lagi alasan untuk tidak berbuat apa-apa tindakan.

Adenan berkata rakyat Sarawak tidak boleh bertolah ansur dengan rasuah lagi kerana berjuta-juta aset telah hilang dan reputasi hasil negeri semakin teruk di peringkat antarabangsa kerana “rompakan ini dilakukan di siang hari”.

Beliau memberi amaran kepada firma pembalakan untuk “berhati-hati dan arahkan kontraktor, sub-kontraktor, pengurus, pembekal dan lain-lain.”

“Katakan kepada mereka untuk berhati-hati, menegaskan mereka perlu berikrar integriti,” katanya.

Adenan juga yakin pihak SPRM akan membuat lebih banyak operasi tangkapan.

“Saya maksudkan apa yang saya sampaikan. Ia bukan hanya cakap kosong..tidak ada tindakan. Kegiatan rasuah di negeri ini sangat teruk dan saya tidak boleh bertolak ansur lagi."

Beliau berkata kerajaan negeri juga akan mewartakan lebih banyak kawasan hutan sebagai taman negara.

"Saya akan buat lebih banyak taman negara,lebih daripada keperluan PBB sebanyak 10%."

Majlis menandatangani ikrar integriti oleh syarikat pembalakan telah diadakan di Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini.

Kritikan Violet Yong (DAP-Pending) terhadap Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan untuk mengaibkan Tengah terhadap pembalakan haram telah memakan dirinya sendiri.

Dalam kenyataan Violet, beliau menyatakan, "Sekiranya beliau adalah Menteri yang bertanggungjawab (Awang Tengah) beliau akan merasa malu dan "membunuh diri" kerana gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya."

Awang Tengah, yang juga ADUN Bukit Sari merasa terhina telah membuat usul agar Violet di rujuk ke Jawatankuasa Tatatertib Keistimewaan DUN Sarawak dan disokong oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Hajah Fatimah Abdullah selepas Yong enggan menarik balik kenyataan beliau di Dewan apabila diberi peluang.

Yong memberitahu pemberita bahawa beliau tidak berpuas hati dengan jawapan Awang Tengah mengenai pembalakan haran di Sarawak, dimana memerlukan Adenan untuk meningkatkan penguasaan.

Ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) mempertahankan Yong, menyatakan dahulu Tengah memberi jaminan “hanya 0.01%" hasil yang hilang akibat pembalakan haram berbeza dengan kenyataan Adenan, yang menunjukkan beliau gagal dalam melaksanakan tugasnya untuk melindungi hutan.

Chong juga mengkritik Tengah untuk tidak mengikuti langkah Ketua Menteri untuk menandatangani ikrar integriti.




Comments