Akibat Dihalang Masuk Sarawak, Zuraidah Akan Ambil Tindakan Atas Kerajaan Negeri



KUALA LUMPUR: Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Negeri Sarawak kerana menghalangnya masuk ke negeri itu tanpa sebab.

Ahli Parlimen Ampang yang dipetik dari sebuah portal sebagai berkata, sebagai ahli politik dan ahli Parlimen, beliau sepatutnya diberi kebebasan untuk pergi ke mana saja kecuali sekiranya saya ada kes jenayah.

“Apa yang mereka takutkan?."

Tanya Zuraidah yang nyata kecewa dengan halangan tersebut menambah ini adalah kali kedua dia dihalang masuk di mana kali pertama adalah ketika pilihan raya kecil pada Mac tahun ini.

“Tetapi, saya tidak menghadapi masalah ketika ke Kuching, sebulan selepas itu.”

Menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang membingungkan, Zuraidah berkata kerajaan negeri sepatutnya membuat pengumuman senarai nama individu yang tidak dibenarkan masuk supaya mereka tidak terpaksa menghadapi kesusahan untuk menguruskan perjalanan kemudian diberitahu bahawa mereka dilarang masuk.

“Saya tidak dibenarkan masuk pada jam 9.30 pagi semalam apabila mereka memberitahu sistem komputer tergendala dan biasanya saya akan menggunakan kad Ahli Parlimen untuk masuk.”

“Apabila saya meminta mereka memerika menggunakan komputer yang lain, saya diberitahu bahawa nama saya tidak tersenarai di dalam sistem,” kata Zuraidah.

Beliau mendakwa dirinya kemudian diberitahu bahawa disebabkan oleh “arahan” dia tidak dibenarkan masuk ke Sarawak tanpa sebab dinyatakan.

“Saya sepatutnya hadir dalam satu majlis politik dan terpaksa mengambil penerbangan pulang pada jam 8.30 malam.”

Peguamnya kini menyiasat kes berkenaan dan akan mengambil tindakan ke atas kerajaan negeri kerana melarang Zuraida masuk ke Sarawak secara tiba-tiba. -SARAWAKIANA

Comments